ICT Learning di PI Semenyih

25 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lalu, PI Semenyih telah mengadakan sebuah program ICT yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet iaitu ICT Learning. ICT Learning merupakan sebuah program jalinan kerjasama antara Pusat Internet Semenyih dengan MPKK Kampung Pasir Baru. Program ini diadakan untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam lagi tentang perisian – perisian teknologi seperti penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan masa kini.

Oleh yang demikian, PI Semenyih telah memilih untuk bersama dengan MPKK Kampung Pasir Baru untuk mengadakan sebuah program IT untuk komuniti disini selari dengan peranan Pusat Internert sebagai sebuah organisasi yang memberi pendedahan IT kepada penduduk setempat Program ini bukan sahaja memberi pengetahuan tambahan terhadap penggunaan teknologi bermaklumat malah kesedaran digital kepada komuniti disini sepanjang program berlangsung. Program ini mendapat sambutan yang memberansangankan kerana lebih 50 orang peserta telah melibatkan diri secara langsung dalam memeriahkan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali